Selain dekorasi pelamin dan meja beradab, bilik tidur antara ruangan yang perlu diberikan sentuhan magis. Ia merupakan simbolik penyatuan dua hati yang baru melangkah ke alam rumah tangga sebagai pasangan suami isteri.

Hiasan yang menarik dan suasana yang romantis, mungkin membantu semangat pengantin baharu untuk menempuh alam perkahwinan.

Tidak berseri bilik pengantin sekiranya tiada hiasan bunga-bunga segar atau sekurang-kurangnya menggunakan cadar yang baru.

Berikut antara tip yang Pesona Pengantin sarankan untuk anda terjemahkan di bilik beradu pengantin.

1. Hiasan sederhana sudah memadai. Namun, masyarakat tetap mahukan bilik pengantin dihias seperti bilik tidur di istana. Wah, pasti nampak lebih cantik dan tersusun!

2. Sama ada pemilihan yang sederhana atau ringkas. Bilik tidur haruslah kelihatan tenang dan mendamaikan.

3. Siapa pun yang menghiasinya, mereka perlu bijak dalam menyeimbangkan suasana. Jika terlalu sarat dengan pelbagai hiasan, ‘mood’ pengantin akan hilang.

4. Sebelum hias, fikirkan tema, warna cadar, bantal atau aksesori hiasan. Ini bertujuan untuk Tentukan terlebih dahulu warna tema bilik pengantin.

5. Bilik konsep yang nampak elegan, ringkas, selesa dan klasik.

6. Pilih set bilik yang bersesuaian seperti hiasan langsir, latar belakang katil, permaidani dan cadar.

7. Pilih cadar katil daripada warna putih atau ‘pastel’. Elakkan daripada memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit.

8. Elak meletakkan jambangan bunga yang besar atas tilam.Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan lebih manis gayanya.

9. Tabur cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin.

10. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin serta bekas potpuri.