Hantaran yang dihias begitu kreatif lebih bermakna jika ia hasil kerja seni air tangan pengantin sendiri.

Bahan-bahan:

❤ Span

❤ Bunga ros

❤ Pelekat berwarna putih

❤ Bunga pom-pom

❤ Span

❤ Bunga hiasan

❤ Gunting

❤ Bekas hantaran

Langkah-Langkah:

1. Cucuk bunga ros pada span.

2. Kemudian bunga pompom dicucuk selepas bunga ros.

3. Langkah seterusnya, bunga calla lily dicucuk sebagai bunga ketiga.

4. Selepas itu, letak barang hantaran ke atas bekas.

5. Tambah reben untuk tarikan sebagai langkah terakhir.