Majlis pertunangan yang berlangsung di rumah pasti tampil sempurna apabila dekorasi pelamin diberi sentuhan kepakaran perancang majlis perkahwinan. Di sini pakar telah memasukkan unsur paduan bunga-bungaan segar yang dipilih khusus daripada bunga carnation pelbagai warna sehingga berjaya menghidupkan suasana segar dan mewah.

  •  Sentuhan hiasan pelamin agak ringkas namun masih menampakkan unsur-unsur moden dan Inggeris apabila menggunakan bunga-bungaan segar.
  • Penggunaan bantal hiasan berciri moden untuk pelamin menjadi trend pada masa kini