Hantaran sememangnya sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan. Selain keluarga, tetamu yang datang biasanya teringin untuk melihat hantaran pengantin.

Dengan sekuntum bunga yang cantik, daun orkid dan ranting kayu sebagai hiasan sesebuah hantaran tidak perlu sarat. Ia tampak ringkas dengan bunga sebagai penyeri hantaran.

“Selain itu, alas dulang juga penting. Alas dulang unik dibuat sendiri daripada kayu menjadi alas utama barang hantaran tersebut.

Jika ingin lebih menarik, gandingkan sekali tapak polisterin yang dibalut dengan kertas harus sepadan warnanya.

Tip:

1. Elakkan dekorasi dulang yang begitu sarat.

2. Pilih warna barang yang akan diletakkan di atas dulang sesuai dengan warna bunga-bungaan atau hiasan dulang. Ini penting dalam mewujudkan keserasian warna dengan barang hantaran.

3. Seeloknya pilihlah warna-warna  selamat seperti hitam, kelabu, coklat atau putih agar selari dengan tema hantaran dan memberi imej hantaran tersebut adalah untuk pihak lelaki.

4. Kombinasi bunga segar dan artifisial juga boleh digunakan, namun anda perlu berhati-hati dalam memilih padanan bunga yang bakal digunakan nanti agar tidak kelihatan pelik.