Setiap wanita yang bakal bergelar ratu sehari pastinya menginginkan kulit yang bersih dan mulus di hari bahagia.

Masalah jerawat, kekeringan, kulit sensitif atau berminyak merupakan satu masalah kulit yang menjadi igauan mimpi bagi setiap wanita.

Namun, sebahagian besar masalah ini boleh ditangani asalkan anda bersedia memberikan wajah anda sedikit kasih sayang dan perhatian.

Mulailah dengan Langkah 1 di bawah ini untuk mendapatkan beberapa panduan dan tip bermanfaat tentang cara merawat wajah anda agar mendapatkan kulit sempurna yang segar dan bercahaya di majlis raikan cinta.

Ketahui Jenis Kulit Anda

Langkah pertama untuk kulit yang sempurna adalah mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Setiap orang memiliki kulit yang unik sehingga apa yang sesuai untuk orang lain belum pasti ia sesuai untuk anda. Amatilah kulit anda terlebih dahulu dan tentukan adakah kulit anda jenis kulit normal, sensitif, kering, kombinasi atau berminyak.

Cuci Wajah Anda 2 Kali Sehari

Mencuci wajah sangat penting kerana ia dapat membersihkan wajah dari kotoran, minyak, bakteria dan sisa solekan. Rutin mencuci wajah 2 kali sehari merupakan asas untuk  mendapatkan kulit yang lebih segar dan bertenaga. Anda boleh mencuci wajah sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam iaitu sebelum masuk tidur.

Gunakan Toner

Toner merupakan produk yang sering diabaikan dalam perawatan kulit, dan langkah ini juga sering dilewatkan oleh banyak wanita. Meskipun toner tidak benar-benar diperlukan dalam rutin penjagaan kulit anda, namun pemakaian toner mempunyai banyak manfaat. Antaranya ialah toner membantu mengembalikan keseimbangan PH kulit ideal Anda. Selain itu, toner mampu membuatkan kulit anda lembap dan memudahkan penyerapan produk yang anda gunakan sperti pelembap muka dan lain-lain lagi.

Oleskan Pelembap

Apapun jenis kulit anda, memakai pelembap merupakan salah satu langkah yang paling penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Pelembap mampu melembabkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit terluar. Pelembap juga melindungi kulit dan memperbaiki warna dan tekstur kulit. Namun, seperti produk yang lain, pelembap yang dipilih harus sesuai dengan jenis kulit anda.

Lakukan Eksfoliasi Secara Teratur

Eksfoliasi atau pengelupasan kulit secara teratur akan mengelupaskan sel-sel kulit mati dan membuat kulit anda lebih segar, halus, dan bercahaya. Anda boleh melakukan eksfoliasi sekali dalam seminggi atau lebih bergantung pada jenis kulit anda.

Memakai Sunblock

Anda diingatkan untuk  sentiasa memakai sunblock atau sunscreen setiap hari, bukan hanya untuk musim panas atau ketika cuaca cerah. Anda juga boleh menggunakan pelembap dan alas bedak harian yang sudah mempunyai SPF, yang membantu melindungi kulit anda daripada terkena cahaya matahari secara terus.

Makan Secara Sihat

Pastikan anda mengikuti diet sihat yang diperkaya dengan vitamin dan mineral yang kulit. Anda perlukan. Vitamins B, C, E, A dan K semuanya membantu menjaga kulit Anda segar dan bercahaya.

Tetap Terhidrasi

Seperti yang anda ketahui, minum air secukupnya mampu membuatkan kulit anda menjadi sihat dan berseri. Kulit juga memerlukan jumlah air yang cukup untuk memastikan ia sentiasa lembap dan segar.