Menyediakan perkhidmatan fotografi untuk majlis perkahwinan tidak semudah yang dilihat. Jangan biarkan pelanggan merasa tertipu dan marah kerana gambar-gambar perkahwinan merupakan kenangan paling berharga buat mempelai.

Perkara yang perlu anda ketahui tugas seorang jurugambar untuk mengambil potret hari bahagia anda.

Ketika Akad Nikah

  • Ambil gambar hantaran kedua belah pihak.
  • Rakam momen pengantin saat tok kadi sedang memberi khutbah nikah.
  • Rakam saat pengantin lelaki sedang akad nikah.
  • Rakam saat penting pasangan pengantin setelah selesai nikah.
  • Ambil gambar pengantin sedang sembahyang sunat.
  • Ambil gambar saat pengantin bersalaman, cium dahi dan upacara pembatalan air sembahyang.
  • Ambil gambar pengantin bersama keluarga dan beberapa pose untuk momen.

Grooming  Persediaan pengantin ketika bersiap/sedang mekap:

  • Rakam secara terperinci pada baju, kasut dan bunga.
  • Rakam saat pengantin sedang mekap detail/full.
  • Rakam perincian cincin.
  • Gambar di pelamin sama ada secara penuh atau beberapa ‘close-up’ beberapa sisi lain.
  • Gambar dekorasi (meja makan, barang hantaran, buku tetamu dan lain-lain).
  • Gambar persekitaran (rumah, nama jalan, papan tanda atau bunting).

Portraiture selepas mekap

  • Gambar penuh dengan separuh dalam pelbagai gaya.
  • Close up’ pose menggunakan 'aperture' besar.

Saat pengantin berarak

  • Ambil gambar berarak.
  • Ambil gambar terperinci pengantin lelaki berjalan.
  • Ambil gambar bersilat (jika ada).
  • Ambil gambar pengantin berjalan menuju pelamin.

Mempelai di pelamin

  • Gamber terperinci pengantin berdua di pelamin.
  • Gambar terperinci dan dekat dari tepi sebelah pengantin lelaki.
  • Gambar merenjis (jika ada).

Makan Beradab

  • Gambar terperinci berdua di meja makan.
  • Gambar terperinci makan bersuap
  • Gambar terperinci minum (gambar gelas dan sebagainya ).
  • Kandid shoot pengantin sedang makan.